Adakah Engineering ni Sains?



Kita mungkin tahu bahawa aliran sains terbahagi kepada dua, sains tulen (pure science) dan sains gunaan (applied science). Engineering adalah salah satu subset daripada sains gunaan.
Tapi sebenarnya terdapat pertembungan antara dua aliran ni, iaitu berkenaan dengan aliran mana satu yang merupakan sains yang sebenar?
Golongan pro sains tulen mengatakan sains tu tak sepatutnya ada kaitan dengan kepenggunaan, ia suci semata – mata untuk memahami hukum alam dan berkembang sendiri tanpa kehendak manusia.
Manakala golongan pro sains gunaan dengan sokongan penyokong idea Marxism menganggap tujuan utama sains tak lain adalah nak majukan manusia.
Orang yang mungkin paling lantang menyerang sains gunaan adalah Henry Rowland. Melalui tulisan beliau ‘A plea for pure science’, beliau mengatakan Amerika yang waktu tu memfokuskan pada sains gunaan adalah memalukan negara.
Sains gunaan dikatakan sekadar menciplak sumbangan sains tulen dan profesor yang tinggalkan sains tulen untuk buat duit melalui sains gunaan dikutuk hebat. Beliau jugak merayu agar saintis – saintis muda tinggalkan prospek duit yang dijanjikan sains gunaan.
Maka bidang yang paling terkesan dengan model sains linear Rowland tersebut adalah engineering. Engineer cuba buktikan bahawa mereka bukan semata – mata meminjam dan mengaplikasikan dapatan sains tulen.
Namun kenyataan oleh Gano Dunn, presiden Institut Electrical Engineer America ternyata menghampakan impian tersebut apabila beliau mengatakan bahawa “Engineering bukan sains, sebab dalam sains tak ada konsep utiliti (kepenggunaan)”
Perbezaan layanan terhadap engineering berbanding sains tulen juga dapat dilihat dalam arena falfasah sains. Ketika banyak ahli falsafah sains menganalisa dan merefleksi sains tulen semacam fizik, engineer dipinggir dan dianaktirikan. Engineering, menurut Professor Peter Lipton, cuma berkisar pada ‘know how’ dan bukan ‘knowing that’.
Dan mungkin pengalaman mempelajari engineering mengiyakan pernyataan – pernyataan ini. Apa yang dipelajari adalah lebih pada mengaplikasikan formula – formula dan teori – teori yang dah dirangka terlebih dulu.
Tak banyak penekanan pada persoalan kenapa tapi lebih bagaimana. Tambah lagi perubahan silibus yang menghendaki engineer undergraduate mengambil modul management dan business meletakkan engineer semakin menjauhi spektrum saintifik dan mendekati pragmatik dan praktikal. Memenuhi kehendak industri.
Jadi Engineering ni apa sebenarnya? Sebenarnya dia bukanlah satu bidang yang sekadar mengguna dan meminjam dari sains tulen. Dia miliki keunikan dan keindahan sendiri. Kata Prof David Andrews, “Element ‘design’ lah yang menjadikan engineering lain daripada yang lain’.
Tapi ‘design’ ni .... apa pulak?
Rujukan 
Pure Science and the Problem of Progress (2015)
A plea for pure science (1883)
Philosophy of Engineering (2010)

Comments