“Are there any Malaysian brothers and sisters here? Can you guys please raise up your
hands”
Dengan bangga beberapa pelajar Malaysia mengangkat tangan. Bukan selalu dapat perhatian dari penceramah UK. Entah apa pula pujian yang nak diberi.
“What happened to you guys?”
Tersentak satu dewan.
“You guys used to be very active 15 – 20 years ago. You built mosques, you set up your own communities, you interacted with the locals, you took part in social movements. Now where are you people?”
Tersentap pelajar Malaysia ditegur secara langsung oleh syeikh. Hakikatnya memang benar, pelajar Malaysia di UK dahulu memang aktif dan proaktif. Dublin Mosque, masjid yang asalnya adalah gereja di Ireland, adalah hasil tangan Prof Zainur Rashid dan komuniti Melayu setempat. Sheffield Malaysian Student Association pula terlibat secara langsung mengasaskan Muslim Welfare House yang kini menjadi masjid dan pusat Islam lokal.
Kini, pencapaian dan sumbangan demikian tak lagi kedengaran, malah segan pula hendak berinteraksi dengan Muslim setempat.
“Brother, can you tell me how many Malaysian students are here around this mosque vicinity?” saya ditahan oleh AJK masjid. Beliau nak buat analisa sikit sebab nak sewakan rumah khas untuk pelajar Muslim.
“Ermm, about two hundred”
Muka beliau berubah sedikit. Mungkin terkejut dengan jumlah tersebut.
“Oh really? That many?”
Aduh! Sakit dengar soalan tersebut. Tapi nak buat macam mana, kalau yang datang ke masjid hanya 4 ke 5 orang, ie 2% daripada total yang duduk 5 minit berjalan kaki dari kawasan tu, dah pasti AJK masjid tersebut terkejut mendengar jumlah yang diberi.
Isu pelajar Malaysia tiada penglibatan dengan masjid dan komuniti Muslim setempat adalah satu masalah yang saya sendiri kesal kerana banyak kali juga ponteng jemaah. Bila dapat hidayah nak pergi, tak pula saya ajak housemate dan kawan lain. Tapi tak lah saya fikir ini isu besar yang kena ditangani segera, sebab sama saja senarionya di asrama dan di kolej persediaan.
Sampailah saya hadapi sendiri dua peristiwa yang mempersembahkan kepada saya krisis besar dan keruncingan yang dihadapi oleh sekalian pelajar Malaysia di luar negara.
Dua peristiwa ini masih bermain – main dalam kepala saya, dan mendatangkan kekesalan yang amat sangat.
“Macam Mana Boleh Jadi Macam Ni?”
“If you take a look at our society’s constitution, there is a clause that says ‘all members are subjected to good values, ie Islamic values’. I hereby propose that the term ‘Islamic’ be
removed”.
Terbeliak mata saya melihat screen powerpoint tersebut, langsung mengejutkan dari lamunan setelah hampir 6 jam berada dalam dewan Annual General Meeting persatuan Malaysia tersebut. Saya toleh pandangan pembentang tersebut. Muslimah Melayu bertudung.
“The term ‘Islamic’ is unnecessary in the context of our constitution”.
Uisyh, naik darah ke kepala.
Apabila dibuka untuk pembentangan terus saya minta izin bangun. “The ‘Islamic’ clause is the very reason this particular Malaysian society is founded in the first place. To abolish it is to open up a pandora’s box of contradictions. Can I ask the committee the reason for the proposal? Is this done perhaps under the request of non-Muslims?”
‘Islamic values’ dalam perlembagaan persatuan itulah yang buat persatuan ni tak tertakluk pada Freshers Party yang semua persatuan lain buat di bar. Itulah yang lindungi society ni dari permintaan hidang arak dalam program. Itulah yang benarkan kita guna duit persatuan untuk danakan usrah dan pertandingan Nasyid. Itulah yang beri kita kebolehan untuk buat kolaborasi dengan Islamic Society dan tak dipersoal kenapa tak jalin hubungan dengan Atheist, Christian, Buddhist dan Society lain. Itulah yang benarkan kita panggil ustaz-ustaz datang beri ceramah.
AJK persatuan di depan kemudian toleh menoleh sesama sendiri. Semua Melayu, semua Islam. Ada yang naqib naqibah lagi. Siapa yang akan jawab?
Bangun seorang wakil,
“Nobody requested this. We decided this ourselves. The reason is because this is a
Malaysian Society. To have exclusive Islamic value is to be intolerant.”
Allahurabbi. Macam mana boleh jadi macam ni? Persatuan ni hasil penat lelah senior kita dulu mengasaskan, kena daftar dengan Universiti. Terikat dengan nilai Islam itulah identiti persatuan ni berbelas-belas tahun. Tak ada non - muslim yang bangkang. Tak menyalahi peraturan Uni. Malah menang pula anugerah persatuan terbaik beberapa kali.
Macam mana boleh kata berpegang dengan Islam tu tak bertoleransi? Itulah model perlembagaan Malaysia. Agama Islam agama persekutuan. Adakah itu juga tak bertoleransi? Adakah kalian mahu dibatalkan juga klausa tu bila balik ke Malaysia? Antara banyak – banyak masalah persatuan, akhirnya Islam juga dipersalahkan? Ketika umat Islam diperlekeh, dihina dan ditindas di bumi Queen Elizabeth ini, inikah reaksi kolektif kita pelajar Malaysia?
Lantas perbincangan cepat-cepat ditutup dan pengundian dibuka. Hasilnya? Majoriti (60%) dewan tersebut, yang mana 100% adalah pelajar Melayu dan Islam undi supaya istilah ‘Islam’ dibuang dari perlembagaan dan identiti persatuan, hasil perbincangan committee yang juga 100% merupakan Melayu dan Islam.
Yang lebih ironi dan membingungkan, selepas itu dibuat pula sesi pelantikan committee baru, termasuklah jawatan Islamic Officer sebagaimana tahun – tahun lepas. Kemudian dibincang pula bagaimana nak memperkasakan sistem usrah!
Kepeningan ini berterusan pada semester baru selepas itu.
Macam biasa, akan dibuat program Sambutan Pelajar Baru untuk students yang baru sampai dari Malaysia.
Kemudian naik satu poster oleh persatuan Malaysia tersebut. “Fresher’s party! Come and join us in Jesus Centre!”
Astaghfirullah. Apa pula kali ni? Saya cuba tenangkan diri, saya tabayyun betul – betul program tersebut.
“Venue – Jesus Centre”. Sah, persatuan Malaysia ni nak bawa semua adik – adik tahun pertama berprogram di gereja.
Saya kemudian pergi terus berjumpa dengan salah seorang kepimpinan tertinggi persatuan. Jumpa di masjid, jadi saya kira tak perlulah beritahu apa bangsa dan agama beliau. Di sebelah pula ada Islamic Officer yang baru dilantik. (Yup)
“Bro, aku dah 4 tahun kat sini. Ini tahun terakhir. Tak pernah-pernah persatuan kita buat event kat gereja depan jalan besar yang ada lambang salib senget tu. Kenapa ya? Tak cukup duit ke?” tanya saya.
“Eh tak, cukup je duit nak buat kat dewan umum cam biasa. Tapi memang sengaja kami pilih Jesus Centre kali ni. Nak tunjuk kat budak – budak tahun pertama bahawa ok je kita pergi gereja – gereja kat UK ni”
Allahuakbar. Mengucap panjang saya dengar. Macam tak percaya.
“Syeikh, macam mana yang oknya, depa ni semua baru sampai, sebelum ni tak pernah pun jejak gereja, sampai – sampai sini terus persatuan Malaysia ajak masuk. Depa ni masjid pun tak pernah sampai lagi, persatuan kita dah perkenalkan gereja. Muslim Chaplaincy (wakil Imam di Universiti) pun depa tak kenal lagi, dah bawak jumpa wakil Father. Tu belum cerita halal haram. Bayar gereja dah lah guna duit pendaftaran budak – budak tu. Kalau depa guna duit kita buat aktiviti evangelis macam mana?” soalan saya direct minta dibatalkan tempat pengajuran tu.
“Kat sini kena berfikiran terbuka, tak boleh jumud sangat. Lagipun kami dah bayar pada Father dan pihak gereja. Program lagi 4 hari, takkan nak batalkan?”
Maka berlangsunglah program sambutan pelajar baru pelajar Melayu di gereja Jesus Centre. Itu mungkin kali pertama dalam sejarah persatuan tersebut. Kalau dulu senior pengasas risau dibuat di bar, kini generasi baru lebih ‘advanced’ lagi dengan buat sambutan pelajar baru di gereja.
Kemudian dimuat naik gambar program tersebut di facebook, public domain. Salah satu gambar tersebut adalah wanita Melayu bertudung mengambil makanan di meja makan, dengan di belakang tertera banner “Jesus Army”. Ditayang secara umum dalam page persatuan tersebut.
Lingkungan beberapa hari program saya didekati oleh AJK masjid yang sama. Air muka beliau tampak kecewa.
“Brother, it came to our attention that the Malaysia Society is to conduct a gathering in the Jesus Centre. Why is this happening, brother? It is totally haram and forbidden if the venue is selected without a strong reason. What would they do with the money they received? Why don’t they consult with us first? We would be more than happy to allow our Malaysian brothers and sisters to use the mosque free of charge!”
Allahu Musta’an
Kenapa boleh jadi macam ni?
Salah Pemimpin Pelajar dan Persatuan?
Terdapat beberapa penjelasan yang cuba diberi terhadap pola perubahan budaya dan sikap pelajar Malaysia di luar negara, UK khususnya. Yang paling popular adalah teori menyalahkan pemimpin pelajar dan persatuan Malaysia. Persatuan yang mungkin teruk kena hentam kebelakangan ini di UK adalah UKEC, United Kingdom and Eire Council of Malaysian Students yang merupakan badan penaung pelajar di UK.
Satu artikel dikeluarkan dalam FMT bertajuk “the irrelevance of studentleaders” menyerang secara direct persatuan tersebut yang dikatakan ‘elit’, ‘ekslusif’ dan ‘syok sendiri’. Dibanding dengan prestasi persatuan tersebut yang sebelum ni lahirkan Rafizi Ramli, Nik Azmi dan Arul Kanda, UKEC dikatakan berprestasi teruk dan tak lagi relevan. Buktinya? Duit banyak habis buat program tapi tak ada orang datang.
Saya tak pernah jadi ahli UKEC dan rasanya tak pernah hadiri mana-mana program rasmi mereka, tapi dengan yakin saya katakan, masalah tak dapat sambutan bukan hanya masalah UKEC. Ia adalah masalah keseluruhan persatuan pelajar Malaysia di seluruh UK dan Ireland.
Boleh kata hampir majoriti ahli persatuan pelajar, Islamik atau tidak Islamik, rasmi atau tak rasmi, kaya atau tak memberi komen yang sama dengan peredaran masa, “student Malaysia tak lagi nak join program”, “pendaftaran program-program kami makin lama makin teruk”. Tak kira program ceramah Islam, winter gathering macam Jalinan Ukhuwah Musim Sejuk, wacana Intelektual, forum, kesukarelawanan, kebudayaan, usrah, Nasyid dsb, pelajar Malaysia seolah menjauhi program – program. Saya mungkin tiada data (kecuali untuk persatuan yang saya sertai), tapi saya sendiri berpengalaman uruskan program besar dan ada linking dengan wakil persatuan lain yang hampir semua katakan perkara yang sama.
Lalu bila terdesak nak dapatkan penyertaan, persatuan-persatuan ini cuba buat event yang lebih gah dan hype dan belanjakan lebih banyak duit untuk itu. Mereka kemudian kecewa bila dapati pelajar Malaysia masih tak datang.
Maka data terbaru ini yang merangkumi perubahan drastik cara fikir pelajar Malaysia terhadap agama dan keengganan sertai program sebenarnya mendesak kita untuk lebih melihat gambaran yang lebih besar akan punca masalah yang sebenarnya.
Mungkin puncanya bukan pemimpin pelajar dan persatuan. Mungkin masalahnya timbul dari isu yang lebih fundamental.
Mungkin punca sebenarnya adalah krisis sebab dan makna.
An interesting article. Currently studying in Australia and yup attendance to any programs declining drastically no matter who organised it
ReplyDeleteMasyaAllah, reading your article made me realised that I'm one of those who rarely participate in any programs or events partly because I don't really favored the environment at the event and my own laziness. Never expect it would bring this much trouble. I'll definitely attend more in the future. Thanks for a great article.
ReplyDeletePilih pilih tempat mandi,
ReplyDeletePertama teluk kedua pantai,
Pilih pilih tempat menjadi,
Pertama elok kedua pandai.
Biar mati berkalang tanah dari hidup berkalang bangkai.
Saya setuju dengan keseluruhan artikel ini. Di Indonesia, pelajar Malaysia pun menunjukkan hal yang sama. Nak dapatkan komitmen untuk sebuah program, punya lah payah.
ReplyDeleteSedih dan kecewa, dan frustrated.
ReplyDeleteUsaha2 ghazwatul fikrah musuh selama ni begitu menjadi dan efektif, tak perlu tunggu orang kafir yg meleraikan ikatan dan elemen islam, tp umat islam sendiri sudah cukup baik terdidik utk hancurkan kekuatan agama dan umat sendiri.
Jalan kita masih jauh. Semoga Allah pelihara dan beri taufik dan hidayah utk kita semua.
menanti sambungan
ReplyDeletedi mana IKRAM UK (dulu MSM) dan lain-lain persatuan Islam? mereka tak involve ke?
ReplyDeleteSetujuuuu dgn aims.mana pegi ramai pendakwah?
ReplyDeletethank you for writing these out. currently, i am studying in russia and what you wrote are so true! juniors didn't want to join our programs even though we tried so hard brainstorming fresh ideas for an interesting event. i didn't know other localities also had the same issue. lets pray for the best for our ummah and for us stay strong in this path in shaa Allah.
ReplyDeletebismillah. isu yang sama juga untuk pelajar2 di malaysia. yang currently belajar di local u. tak dinafikan ada yang masih berminat, jumlah kuantitinya makin meerundum.
ReplyDeletehmm kenapa ye? Dulu rasa semangat nak pi program2 macam ni sebab ada rasa ke'bersamaan' dulu. Walhal, sebelum pi Ireland lagi nak duk jauh dari depa adalah. X sangka pulak adik2 sekarang kat sana jadi macam ni pulak. Maybe sebab rasa ke'bersamaa'an tu dah tiada ke? Terlalu pentingkan result dan tak nak involved lagi dengan dunia luar maybe.
ReplyDelete