Kontroversi Ujian IQ

Keseluruhan konsep ‘IQ’ atau ‘Intelligence Quotient’ pernah menghadapi satu kontroversi besar bertitik tolak dari insiden yang dipanggil Jensenism.
Dalam ucapan beliau bertajuk ‘How much can we boost IQ and Scholastic Achievement’, Arthur Jensen yang merupakan profesor pendidikan di Harvard pada tahun 1967 memberi komentar mengenai perbezaan keputusan ujian IQ antara orang putih dan orang hitam (blacks). Nilai kebijaksaan (intelligence) blacks, menurutnya, lagi rendah berbanding orang putih.
Dan beliau tak berhenti di situ. Menurutnya, punca sebenar perbezaan pada tahap kebijaksanaan tersebut adalah genetik. Bermakna, orang kulit hitam memang hakikatnya dilahirkan lebih dungu daripada orang kulit putih, digemakan oleh artikel New York Times Magazine ‘Blacks are Born Dumb’.
Tak cukup dengan tu, Jensen juga menyeru kepada eugenics, mungkin satu kepercayaan paling kontroversi dalam arena saintifik, iaitu gerakan untuk membiakkan manusia secara terancang. Hanya golongan yang miliki gene pool yang baik dan kuat yang dibenarkan miliki anak, dengan rancangan untuk mengurangkan jumlah anak terencat fizikal dan mental.
Dah pasti, reaksi terhadap artikel Jensen tersebut pantas dan dahsyat. Beliau dipanggil racist dan Nazi. Pejabatnya diserbu, kelasnya dikacau, dan beliau diminta dibuang dari Harvard.
Dan tempiasnya turut kena pada ujian – ujian nilaian  kebijaksanaan dan aptitud seperti ujian IQ. Ujian – ujian ni dilabel rasis, bias, tak valid dan merendahkan nilai manusia. Sebab wujud jurang keputusan ujian IQ bukan sebab genetik, bukan sebab kebijaksanaan, tapi semata – mata sosioekonomi dan jurang kelas.

Antara mesej yang ditimbulkan adalah keputusan dan nombor yang anda peroleh daripada ujian IQ tak sepatutnya jadi penentu kepada nilai kebijaksanaan dan harga diri anda. Dengan kata lain, don’t take it too hard.
Macam mana pula pendirian kita dengan ujian IQ?
Rujukan: 
The IQ Controversy, the Media and Public Policy (1988)
What IQ tests test (2002)
How much can boost IQ and scholastic achievement (1967)


Comments