Pelajar Luar Negara dan Krisis Makna (Bahagian 2)

Sebab Apa Belajar Luar Negara?

Saya pernah menulis tentang soalan ini. Pada waktu itu saya belum grad. Sekarang bila sudah tamat belajar, saya rasakan jawapan kepada persoalan ini hakikatnya sangat kritikal dan perlu kepada semakan segera.

Kos penghantaran pelajar ke luar negara (United Kingdom dan Ireland) sangat mahal. Untuk program 4 tahun engineering, boleh mencecah RM 600 000 dan untuk program perubatan boleh capai jutaan. Pelaburan yang banyak menghendaki hasil yang mapan. Kalau output pelajar luar negara mantap, maka terjustifikasilah kos yang besar. Itulah sebab saya tak berapa bersetuju apabila UKEC dikritik dari segi kos, sebab memang perbelanjaan di negara Eropah keseluruhannya agak mahal. Persoalannya, bagaimana dengan hasilnya? Bagaimana kita nak menilai output pelajar yang grad luar negara, termasuk diri saya?

Membaca komen Dr Sharifudin Lubis yang menyentuh tentang penghantaran pelajar luar negara sebenarnya menimbulkan kesedaran, jika tidak persoalan. Menurut beliau, dulu memanglah kita hantar pelajar ke luar negara, sebab universiti tempatan tak banyak dan kekurangan kepakaran pengajar. Sekarang dah cukup banyak dan semakin kompetitif. Jika hendak mewujudkan budaya multikultural dan fikiran terbuka kepada bangsa international lain, kerajaan boleh saja import pelajar masuk dan tak mengeksport keluar.

Maka argumen yang biasa dikeluarkan adalah di luar negara pendidikannya lebih bermutu dan berprestij. Betul ke? Pencabar yang paling kuat terhadap hujah ini mungkin adalah globalisasi itu sendiri. Kalau dulu bahan – bahan ilmiah mungkin sukar diperoleh di Malaysia, kini semua boleh dapat dalam bentuk pdf. Pelajar sekarang tak perlu ke uni pun untuk mendengar kuliah, hanya perlu buka aplikasi Blackboard dan semua kuliah dah dirakam dan disimpan di situ. Maksudnya kalau duduk di Malaysia pun boleh dengar lecture Mat Saleh di UK. Lecturer Mat Saleh yang dianggap world class cuma baca slideshow di skrin (tak semua, kebanyakan). Kadang – kadang lecture yang diperoleh dari YouTube lebih bermutu. Rungutan pelajar minta spoonfeed dan pelajaran exam – oriented masih terngiang-ngiang.

Menjawab pandangan yang mengatakan pelajar luar negara bila tamat menjadi pandai dan berkualiti, Dr Sharifuddin Lubis mengatakan memanglah, sebab sebelum dihantar ke luar negara mereka memang dah pandai! Yang tinggal belajar dalam negara cuma pelajar biasa-biasa maka itulah pencapaian uni kita!

Macam mana kita pelajar luar negara nak jawab soalan ni?

Jadi pelajar luar negara sebenarnya ada banyak perkara nak dibuktikan apabila digasak dengan persoalan – persoalan fundamental ini.

Mungkin aset utama yang boleh ditawarkan oleh pelajar luar negara adalah aset pengalaman, kematangan dan idea. Kehidupan empat ke lima tahun di negara orang bisa merubah cara pandang modal insan lalu boleh disumbangkan pandangan – pandangan baru yang segar untuk memberi penyelesaian terhadap masalah negara pula.

Dengar macam bagus bukan? Inilah juga pandangan saya tentang aset utama yang boleh ditawarkan oleh pelajar luar negara. Namun ada dua hujah balas terhadap argumen ni.

Pertama, bagaimana kita nak menilai output yang tak tangible ini? Pengalaman, kematangan dan idea tiada sijil dan tiada transkrip peperiksaan.

Kedua, hujah kematangan dan pengalaman dirosakkan oleh satu slogan maut yang bagi saya merosakkan nilai pelajar di luar negara.

“Belajar kat Luar Negara, Nanti Boleh Sumbang Pada Negara Bila Balik Nanti”


Buat pembaca – pembaca yang merupakan pelajar tempatan, pak cik mak cik yang ada anak saudara belajar di luar negara atau rakyat Malaysia umumnya, boleh saya minta jawabkan persoalan ini?

“Apa output, sumbangan dan hasil yang pelajar luar negara tunjukkan sepanjang berada di luar negara secara umumnya, yang anda nampak?”
Penilaian tersebut boleh jadi apa yang anda tonton di media massa, atau post – post anak penakan di facebook, twitter, instagram, Whatsapp atau apa yang mereka kongsikan apabila pulang bercuti.

Saya berikan beberapa pilihan:

1   1) Pelajar luar negara mempersembahkan kepada anda pengalaman, pengajaran dan nilai yang mereka peroleh sewaktu di luar negara. Mereka cerita tentang sistem sosial Mat Saleh melalui facebook mereka, mereka cerita tentang masalah sosial mereka, mereka beritahu program kesukarelawanan mereka tolong fakir miskin di situ melalui whatsapp, atau menolong mangsa bencana semacam Grenfell Tower, mereka cerita tentang isu diskriminasi terhadap muslim, Islamofobia yang lahirkan terorisme, perasaan jadi minoriti, sistem pelajaran di sana, solat atas salji, berdakwah pada kristian ateis dll.

2      2) Atau, mereka banjiri newsfeed anda dengan gambar bercuti. Gambar pergi paris, gambar di Amsterdam, Old Trafford, Manchester vs Arsenal, Manchester City, selfie depan belgian waffle, Big Ben, Euro Trip, selfie baju Zara baru dan lain – lain.

3  3) Atau, anak penakan pelajar luar negara tersebut hilang tak dapat langsung dikesan. Jumpa setahun sekali waktu cuti musim panas, itu pun macam tak ada beza dengan sebelum pergi UK.

Secara jujurnya, saya katakan pilihan No 1 amat jarang berlaku. Mungkin special case, satu atau dua program seperti Warming the Soul menolong secara langsung fakir miskin di situ. Saya tahu, kerana saya sendiri bersalah dalam hal ini. Saya tegaskan, ini bukan kerana faktor misrepresentation atau ketidaklaporan media. Perbincangan tentang apa yang terjadi di UK tak berlaku hatta dalam kalangan pelajar Malaysia di UK sendiri. Walaupun sewaktu bersama dengan pemimpin pelajar atau pelajar tahun akhir. Seolah – olah pelajar Malaysia duduk dalam buih dan kepompong sendiri.

Kenapa jadi macam ni? Teori saya, semuanya berpunca dari slogan yang kita terapkan untuk pelajar – pelajar lepasan SPM, A-level dan International Baccalaureate yang lagi seminggu nak terbang.

 “Belajar kat Luar Negara, Nanti Boleh Sumbang Pada Negara Bila Balik Nanti

Pelajar luar negara tak dipertanggungjawabkan dengan menyelesaikan masalah rakyat tempatan. Tak juga diharapkan dengan menyumbang kepada masyarakat lokal, semacam membantu muslim minoriti, membina masjid dan lain – lain. Negara tempat mereka belajar hanyalah dianggap sebagai tempat persinggahan sementara yang tiada relevan sangat.
‘Tempat persinggahan’ selama 4 tahun.

Maka impaknya lahirlah dua golongan kesan langsung daripada slogan atau mission statement tersebut. Golongan pelajar yang ‘kosong’ dan golongan pelajar yang terikat dengan negara asal.

Pelajar Luar Negara yang ‘Kosong’

Setelah berhempas pulas dengan program persediaan selama 2 tahun. Mat akhirnya terima offer letter universiti idamannya dan lulus pula requirement peperiksaan universiti tersebut. Setelah memeluk dan melambai keluarganya di KLIA, serta menempuh penerbangan selama 13 jam, Mat akhirnya ‘touchdown’ di lapangan terbang Manchester. Setelah tersenyum dan melompat gembira, hati Mat bagaimanapun terasa tak sedap hati. Suatu soalan bergema di fikirannya:

“Now what?”



Situasi ini sebenarnya banyak berlaku, pelajar – pelajar luar negara yang ‘lost’ sebaik tiba di negara tersebut. Sebelum fly, mereka tak diajar dengan prinsip hidup di negara orang, kaedah berinteraksi dengan budaya hidup baru yang berlainan dengan norma negara asal, penekanan membantu dan menyumbang pada penduduk lokal, prinsip hidup dalam golongan minoriti, prinsip bermuamalah dengan bukan Islam, dan tasawur agama terhadap aliran pemikiran semacam humanisme, sekularisme, liberalisme, LGBT dan ateisme.

Mereka sebelum fly sebaliknya ditekankan isu teknikal semacam cara bukak bank, cara lapor diri pada penaja, cara apply interview syarikat asing, dan aktiviti selepas grad.

Jika ada yang mendengar ceramah ustaz khas sebelum fly, maka yang diterangkan hanyalah permasalahan fiqh semata, semacam cara solat dalam kapal terbang, fiqh solat jamak, khuf, dan isu makanan halal. Perbincangan yang lebih besar seperti tasawur menghidupkan Islam di Barat seperti yang ditekankan oleh Syeikh Haitham al Haddad amat sukar diperoleh sebelum fly.

Maka hasilnya lahirnya jiwa – jiwa yang kosong permaknaannya sebaik melangkah ke luar negara. Tahun pertama mungkin masih boleh dikendalikan, tapi bila masuk tahun seterusnya hati mula akan meronta minta diisi. Apatah lagi diuji dengan masa dan duit yang banyak, musuh utama seorang pelajar luar negara. Seorang senior pernah berkata “bila tiada agenda, kita akan diagendakan”.

Lalu terlahirlah dua jenis trend, trend ‘menghilangkan diri’, hilang langsung dari radar masyarakat, dan trend mengisi hati dengan benda – benda .... songsang.

Saya kurang pasti apa sebenarnya aktiviti utama kumpulan yang ‘lesap’ ni. Kalau memang introvert semacam saya faham juga, individu – individu yang susah keluar rumah. Tapi kadang – kadang geng – geng yang lesap ni boleh capai puluhan, kadang – kadang hampir seluruh batch satu kolej hilang tanpa dikesan. Apa yang saya tahu adalah kewujudan markas dota, rumah – rumah yang dijadikan pusat berdota siang dan malam. Amat kesal juga bila pada satu tahun, 60% daripada ahli rumah dota tersebut kandas dan disuruh balik.

Golongan yang isi hati mereka dengan benda – benda songsang hakikatnya lebih membimbangkan. Mungkin saya tak perlu ceritakan tentang fenomena ‘rebel’ terhadap budaya Timur yang semakin menjadi – jadi di tanah air, dan pelbagai pandangan – pandangan pelik yang menjatuhkan terus norma tradisi semacam Ateis republik yang saya syak mungkin dikepalai pelajar lepasan luar negara. Baru- baru ini juga saya dimaklumkan akan perkahwinan gay Melayu yang terbaru di London. Di majlis tersebut, empat lagi pasangan Melayu gay hadir. Bermakna berkemungkinan lebih ramai lagi anak Melayu kita kahwin gay!

Pelajar Luar Negara yang Terikat dengan Negara Asal

Ini mungkin bab yang paling sukar untuk saya tuliskan. Saya mulakan perbincangan ini dengan rasa kesal dan membuat pernyataan bahawa ini adalah pandangan peribadi saya. Saya tiada masalah sekiranya pembaca dan rakan – rakan saya sepanjang di luar negara tidak bersetuju dalam hal ini.

Golongan kedua yang lahir daripada slogan “belajar kat luar negara, nanti boleh sumbang pada negara bila balik nanti” adalah golongan yang tak mampu move on, yang terikat dengan semua perkara tentang negara asal. Walau tubuh di UK, minda dan hati tetap di Malaysia. Oleh itu semua isu yang dibincang adalah isu di Malaysia, semua masalah dari Malaysia diimport masuk ke UK, difokus, diperbesar dan dijadikan agenda. Sekiranya pelajar tersebut merupakan ahli parti/kumpulan/jemaah tertentu di Malaysia, isu kumpulan tersebut dengan grup pesaing dibawa kemari ke UK dan dijadikan isu dalam kalangan adik – adik baru. Dijadikan masalah utama yang diperjuangkan selama empat tahun. Tak kisahlah apa jua yang berlaku di UK, terorisme, letupan, Brexit, Islamofobia, krisis pemikiran dan lain – lain, perkara yang dibincang hanyalah lanskap politik tanah air, parti A vs parti B.
Malang sekali apabila golongan jenis ini rata -  rata adalah pemimpin pelajar, yang seharusnya menjadi penyelesai utama isu pelajar di luar negara. Mungkin pernyataan ini paling keras menghentam diri saya sendiri.

Pada tahun pertama saya excited bertemu dengan pelajar Mesir. Kami kemudian berborak tentang perbincangan politik Mesir yang cukup dahsyat ketika itu. Kumpulan Muslim lokal (yang lahir di situ) kemudian memasamkan muka dan beredar keluar. Untuk mereka ia isu yang tak relevan, masalah yang diimport masuk oleh pelajar – pelajar luar yang tiada kena mengena dengan mereka. Masalah mereka sendiri tak terselesai dan kini masuk pula masalah – masalah baru!

Sebenarnya isu mengimport masalah negara asal masuk ke negara migrasi turut menjadi kerisauan sarjana Islam seperti Prof Dr Akbar Ahmed. Menurut beliau, antara perbezaan muslim di Eropah dengan muslim USA adalah muslim Eropah galak membawa masuk sentimen negara mereka masuk ke negara Barat, dan kesan dari itu mereka duduk berkelompok dan tak bercampur dengan penduduk setempat. Berbeza halnya dengan Muslim USA. Itulah sebabnya muslim USA mampu melahirkan muslim ‘superstar’ semacam Muhammad Ali, Yusuf Estes, Abdurraheem Green, Yasir Qadhi, Hamza Yusuf sedang tak banyak figura setaraf itu di UK dan Eropah.

Saya kira perlu disentuh juga perihal topik hangat agama yang serik menjadi fokus utama rakan – rakan pelajar luar negara yang berpendidikan agama. Isu – isu agama yang yang dibincang dan mampu dibincang rata – rata berkisar pada ‘pergaduhan’ ustaz – ustaz di fb. Lalu topik wahabi dan aswaja yang dianggap penting untuk di’settlekan’ sebelum adik – adik pulang ke Malaysia.

Saya pinjam kata – kata Yasir Qadhi dalam isu ini : “These groups of Muslims are arguing whether God has hands or not. Hey, wake up! People right now are arguing whether God exist or not!”

Maka kesan daripada keterikatan minda terhadap tanah air, jadilah graduan luar negara tersebut sama saja sisi pandangnya dengan pelajar tempatan. Tiada beza dari segi pengalaman dan fikrah, selain sijil yang ada tanda tangan Mat Saleh. Jadi, sekali lagi, kenapa belajar luar negara?

Bagaimana Kita Boleh Menolong Pelajar Luar Negara


Tulisan saya ini bukanlah berhasrat untuk menembak pelajar luar negara, kerana jika dibuat demikian, nescaya badan sayalah yang paling banyak akan berlubang.

Jika artikel ini dapat menyumbang sesuatu, cukuplah ia menjadi penyedar dan kejutan tidur untuk rakan – rakan saya di luar negara. Anda ada banyak hal untuk dibuktikan, jangan kekal di takuk lama.  Diharapkan juga dapatlah memaklumkan masyarakat bahawa anjakan paradigma total perlu dilaksanakan terhadap golongan pelajar yang istimewa ini.

Perubahan slogan dan mission statement terhadap belia yang bakal fly perlu dibuat. Mereka perlu diberi misi, agenda dan makna sepanjang keberadaan di sana. Jangan dilabel belajar luar negara sebagai tempat cuti, atau tempat persinggahan.  Persiapkan mereka dengan persoalan prinsip, makna dan tasawur. Ini yang penting. Isu – isu teknikal banyak yang boleh dibuat sendiri, tanya senior, atau dipelajari dengan cara try and error. Perihal pemerolehan sudut pandang muslim di bumi Barat hakikatnya lebih halus dan perlu pada tarbiyah dan taujihat yang konsisten.

Masa sebulan sebelum fly adalah masa yang kritikal. Jika program pre – departure bersama penaja tak cukup atau mereka terpaksa penuhi slot dengan perkara teknikal, cari program pre – departure lain yang biasanya dikendalikan oleh abang – abang dan kakak – kakak senior. Saya sendiri syorkan salah satunya program yang bernama Tautan Ukhuwah yang diadakan setiap tahun. Attach dengan senior yang baik – baik.

Untuk persatuan – persatuan Malaysia, dekati masjid dan minta pandangan daripada mereka, elakkan pandangan – pandangan sendiri terutama yang libatkan soal agama. Hari pertama saya di UK, saya diselamatkan oleh masjid waktu tiada orang lain yang tolong. Mungkin cerita lain hari. Oh, hubungi juga attache agama education Malaysia. 

Dan akhir sekali, dan ini mungkin nasihat paling klise sekali, dekati usrah. Beri peluang, walaupun anda alami masalah dengan usrah di kolej dan sebagainya. Percayalah, anda akan rasai kemanisan berada dalam kalangan golongan yang mengajak kepada kebaikan di luar negara

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, rupanya (in relation to part 1) :
      (i) unsettle/ pembaca dengan kisah-kisah terpilih, lalu romanticize karang cantik-cantik bagi paranoid (dari part 1, dan sambung merepek kat part 2 ni pulak dengan Gay Marriage, lol macam takda gay marriage kat Mesia)
      (ii) Tambah perencah yada yada.
      (iii) Join program/group/kumpulan kami.

      Modus sama, Jemaah Islam Kampus (JIK) di Malaysia ka, atau Jemaah hangpa yang berbagai-bagai duk tarik orang masuk macam apa dah tu.

      Tak payah nak grandeur sangat, macam lah orang yang tak join usrah hang pergi main dota fifa tu, seolah krisis makna (atau guna istilah hang, 'songsang' &'lesap'). REALLY?!
      Padahal bawak usrah tak reti, bosan, jumud, mengulang-ulang silibus, malas membaca, usrah sama lelaki nak 'basah' geli-geleman (ingat budak sekolah, noob); nak blame orang tak pi. Pfff!

      Oh, satu lagi, toksah dok grandeur sangat macam semua pi oversea tu pandai-pandai, atau erti kata lain dari apa yang hang tulis, lebih pandai -"cuma pelajar biasa-biasa maka itulah pencapaian uni kita!")

      Macamlah yang pi oversea tu semua layak belaka, berapa ramai yang ada kabel. Orang terbangun (in this sense, dapat biasiswa fly) bukan sendiri.
      Dengar sikit Dr Muhammad Abdul Khalid punya findings, berapa banyak yang dapat biasiswa MARA, JPA dari golongan top 1/4 dalam society.

      Hang, kalau sendiri buat, toksah dok tala kat orang lain. "Mungkin pernyataan ini paling keras menghentam diri saya sendiri."

      Orang lain kalau bincang pun benda Brexit, GE, Scottish Referendum ,isu tempatan UK ka; depa sembang bincang dengan abang kakak family/postgrad, buat apa sembang dengan hang.
      Bila orang lain tak mau ikut atau sembang benda sama dengan dia, terus 'you with us or against us' punya mentality.
      Takmau muhasabah diri, cermin tak ada ka?

      Delete
    2. salam sahabat,

      just nak bagi pendapat saya sahaja.

      1. itulah yang nak dicakapkan bahawa if tidak ada benda2 yang nak dibuatkan di overseas, maka itularh akibatnya which is memang terkeluar terus dari syiar islam.

      2. tak bermaksud diorang nier nk suruh masuk kumpulan diorang based on aper yang aku nampak, its just that yang kalau tidak ada tujuan sampingan semasa belajar, itularh yang menyebabkan diorang nier salah pilih jalan. tak kisah lah nk masuk2 maner society, yang penting aper yang tuh buat betul dri segi misi dan visi diorang. then kalau salah, tolong lah perbetulkan or just amek group lain. itu sajer.

      3. aku sebagai bekas hardcore gamer, memang lah maen game tuh perkara kecil tapi acu ko pikiaq baek2. baik ko duk kat dalam negara jer if semata2 nk duk overseas main game sedangkan byk benda lain yg bagus yg boleh buat.

      4. ingat senang ker nak bawak usrah, itulah nabi kata beri dakwah secara berhikmah, kalau dah bosan or jumud ker aper, bawak2 larh berbincang cakap nak buat kat pantai ker or bincangkan balik aper yang salah dan aper yang betul.

      5. kemonlah beb, hatta pakai kabel pun, diorang akan still kene belajar sgguh2 kat overseas. kalau ko dpt kabel sekalipun, takkan lah besar sgt kabel tuh beb sampai ko dapat pegang gak universiti punyer policy.

      6. adakah ilmu itu disandarkan atas aper diorang punyer certificate like ko literally bandingkan camtu sahaja. lawak gak beb.

      7. dia cerminkan diri sendiri larh tuh yang dia cakap "Mungkin pernyataan ini paling keras menghentam diri saya sendiri." duh..

      sekian.

      pendapat saya shaja.

      Delete
  2. Saya sokong artikel saudara. Sebagai pelajar luar negara (Australia), bilamana kita cakap mengenai isu aboriginal, isu say no to religion, domestic violence, radicalization of muslims youth, etc, kebanyakan badan pimpinan pelajar sunyi sepi. Padahal itu isu2 yang dekat dan memberi lebih impak kepada pelajar luar negara.

    Jazakallah khair atas artikel yang bagus 👍

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian. Bagi saya, apabila belajar ke luar negara ni, pelajar dapat luaskan skop fikiran. Nampak apa yang berlaku di Malaysia, di negara yang dia belajar dan juga negara-negara lain. Dalam erti kata lain, nampak 'how this world is like'. Tiada masalah untuk rasa cinta dan sayang pada tanah air sebab kalau bukan kita yang nak cinta, sayang dan ambil peduli, siapa lagi?
    Cumanya perlu jelaslah dalam menganalisis masalah kat Malaysia tu, kena luaskan skop fikiran kita.

    And yes, only with tarbiyah we can understand our real meaning of life.
    Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian. Bagi saya, apabila belajar ke luar negara ni, pelajar dapat luaskan skop fikiran. Nampak apa yang berlaku di Malaysia, di negara yang dia belajar dan juga negara-negara lain. Dalam erti kata lain, nampak 'how this world is like'. Tiada masalah untuk rasa cinta dan sayang pada tanah air sebab kalau bukan kita yang nak cinta, sayang dan ambil peduli, siapa lagi?
    Cumanya perlu jelaslah dalam menganalisis masalah kat Malaysia tu, kena luaskan skop fikiran kita.

    And yes, only with tarbiyah we can understand our real meaning of life.
    Wallahu a'lam

    ReplyDelete

Post a Comment