Alhamdulillah, walau duduk jauh beribu batu dari tanah air, tetap diizinkan Allah untuk menonton forum "Istilah Kafir Harbi, Masih Relevan Atau Tidak?" anjuran Ikram. Syukur atas kemudahan teknologi yang Allah ilhamkan pada manusia.
Sebelum ni, terdapat beberapa forum/ debat yang dibuat antara ustaz-ustaz dan beberapa figura prominen yang saya pernah berhasrat untuk tulis pandangan dan komentari. Tapi mungkin kerana masih belum terdetik ilham untuk mulakan inisiatif semacam blog maka buah fikiran tersebut saya pendamkan saja atau sekadar post beberapa baris ayat di Facebook.
Bila saya menulis maka harapannya bukan saja manfaatnya untuk saya, tapi Allah izinkan juga untuk dikongsi bersama rakan-rakan lain.
Mungkin Forum Paling Menarik Setakat Ini
Saya lebih bersemangat untuk membuka tirai perbincangan apabila saya melihat terdapat pelbagai sisi pandang yang menarik dan layak dikupas melalui forum ni. Isunya sendiri hangat, penganjurnya sebuah badan NGO yang agak dekat dengan saya serta komposisi panel yang dipilih juga menarik untuk kita bincangkan. Cuma mungkin yang agak kurang sikit adalah tajuk yang dipilih. Saya akan hurai lebih lanjut kenapa tajuk tersebut counter-produktif dan sedikit 'awkward'.
Latar Belakang Ringkas Isu
Sebelum kita mulakan kupasan perjalanan forum, adalah lebih baik terlebih dahulu kita refresh semula rentetan isu kafir harbi ini secara ringkas.
23 Jun - Laporan oleh akhbar Utusan bertajuk "DAP tergolong kafir harbi dan wajar ditentang". Bagaimanapun, harus dijelaskan latar belakang ucapan tersebut menurut mufti adalah sebagai memberi komen pendekatan politik DAP yang dilihat semakin mencabar ketuanan Islam terutama dalam isu rang undang-undang persendirian mahkamah syariah. Bermakna, ini bukanlah isu yang timbul tanpa rentetan isu sebelumnya.
24 Jun - salah seorang panelis, Dr Maszlee Malik, mengeluarkan kenyataan awal menegur mufti fatwa tentang penumpahan darah. Ini adalah kali pertama kenyataan mufti Pahang dikaitkan dengan elemen darah dan pembunuhan secara langsung.
1 Julai - Polis ambil keterangan mufti Pahang isu kafir harbi
Sebelum ni, terdapat beberapa forum/ debat yang dibuat antara ustaz-ustaz dan beberapa figura prominen yang saya pernah berhasrat untuk tulis pandangan dan komentari. Tapi mungkin kerana masih belum terdetik ilham untuk mulakan inisiatif semacam blog maka buah fikiran tersebut saya pendamkan saja atau sekadar post beberapa baris ayat di Facebook.
Bila saya menulis maka harapannya bukan saja manfaatnya untuk saya, tapi Allah izinkan juga untuk dikongsi bersama rakan-rakan lain.
Mungkin Forum Paling Menarik Setakat Ini
Saya lebih bersemangat untuk membuka tirai perbincangan apabila saya melihat terdapat pelbagai sisi pandang yang menarik dan layak dikupas melalui forum ni. Isunya sendiri hangat, penganjurnya sebuah badan NGO yang agak dekat dengan saya serta komposisi panel yang dipilih juga menarik untuk kita bincangkan. Cuma mungkin yang agak kurang sikit adalah tajuk yang dipilih. Saya akan hurai lebih lanjut kenapa tajuk tersebut counter-produktif dan sedikit 'awkward'.
Latar Belakang Ringkas Isu
Sebelum kita mulakan kupasan perjalanan forum, adalah lebih baik terlebih dahulu kita refresh semula rentetan isu kafir harbi ini secara ringkas.
23 Jun - Laporan oleh akhbar Utusan bertajuk "DAP tergolong kafir harbi dan wajar ditentang". Bagaimanapun, harus dijelaskan latar belakang ucapan tersebut menurut mufti adalah sebagai memberi komen pendekatan politik DAP yang dilihat semakin mencabar ketuanan Islam terutama dalam isu rang undang-undang persendirian mahkamah syariah. Bermakna, ini bukanlah isu yang timbul tanpa rentetan isu sebelumnya.
24 Jun - salah seorang panelis, Dr Maszlee Malik, mengeluarkan kenyataan awal menegur mufti fatwa tentang penumpahan darah. Ini adalah kali pertama kenyataan mufti Pahang dikaitkan dengan elemen darah dan pembunuhan secara langsung.
27 Jun - Wakil rakyat DAP gesa Ketua Polis Negara ambil tindakan pada mufti Pahang.
Ikram jemput ahli panel berforum dengan tajuk: Istilah kafir harbi - masih relevan atau tidak?
11 Julai - Ustaz Zamihan mengemukakan poster palsu dalam akaun fb nya serta mengaitkan perkataan 'barua'. Hal ini mungkin agak picisan tapi sengaja saya sertakan kerana disebut beberapa kali sepanjang forum.
Maka, dengan sedikit info mengenai latar belakang forum harapnya dapatlah menjadi batu asas perbincangan kita tentang struktur forum.
Penganjur dan Komposisi Panelis
Mungkin soalan pertama yang terdetik bila melihat poster yang dikeluarkan adalah, "di mana panelis non-muslim?". Soalan tersebut amat relevan bila melihat siapa yang menjadi penganjur - pertubuhan IKRAM Malaysia. Ikram adalah suatu pertubuhan NGO yang terkehadapan dalam mengetengahkan naratif berbaik-baik sesama bukan Islam, juga amat terkenal dengan penakrifan slogan 'Rahmatan lil Alamin' dengan cara demikian.
Ikram juga beberapa kali mengadakan atau terlibat dengan forum dengan menjemput wakil bukan Islam sebagai panelis. Antaranya forum hak asasi manusia , hudud , juga keterlibatan mereka dalam G25
Maka, keputusan untuk tidak menjemput mana-mana wakil bukan Islam menjadi tanda tanya. Apatah lagi apabila tajuk ini memberi impak secara langsung kepada orang bukan Islam (kafir) di negara ini. Agak pelik bila pemilihan ini dilihat tidak senada dengan aspirasi penganjur selama ini.
Persoalan lanjutan juga boleh dibuat berkenaan dengan latar belakang panelis yang dipilih. Ini bukanlah suatu forum politik kerana walaupun kita ada wakil UMNO dan Parti Amanah Negara (Saya akan singkatkan kepada PAN supaya mudah ditulis), kita tiada wakil PAS, DAP juga PKR. Malah, kesemuanya berlatarbelakangkan agamawan.
Sekilas pandang, saya lihat pemilihan panel lebih ke arah penampakan pertembungan aliran. Ustaz Engku dan Ustaz Zamihan dari Aswaja, dan Ustaz Fathul Bari dari aliran salafi. Ini mungkin agak jelas.
Ikram diwakili oleh Dr Maszlee dan Ustaz Hasanuddin mungkin melihat mereka boleh mengetengahkan suatu cara pandang baru yang lebih progressif, relevan dan pertengahan sebagai alternatif kedua-dua aliran ini. Teori ini disokong oleh tajuk forum itu sendiri, perbincangan tentang relevansi penggunaan istilah, pertempuran terminologi. Agakan saya, penganjur membaca bahawa ketiga-tiga agamawan yang lain akan mengecilkan skop perbahasan mereka kepada pengistilahan semata-mata. Maka Ikram akan menyambar peluang untuk keluar daripada perbahasan sempit tersebut dan menarik perbincangan kepada realiti, Waqi', lanskap sebenar politik negara, nilai toleransi dan rahmah.
Ringkasnya, objektif penganjur adalah untuk mengetengahkan Ikram dan Pan sebagai perintis cara fikir baru yang lebih membumi dan 'rahmah'.
Namun, hakikatnya pemilihan tajuk itu akhirnya membuatkan mereka 'kalah di gelanggang sendiri'.
Apabila Penganjur Tidak Menjawab Soalan Sendiri
Pusingan pertama disusun supaya menjadi pusingan bersifat akademik. Kita boleh nampak permasalahan jelas dengan dengan cara perbincangan dibawa apabila Dr Maszlee selaku ahli panel pertama membuka parameter yang sangat besar, iaitu perbahasan geopolitik. Negara-negara seperti UK, US, Ireland, dan di Timur Tengah disebut seolah-olah ingin memukul rata konteks keadaan di negara-negara tersebut dengan latar belakang isu sebenar tajuk yang ingin dibincangkan. Rujukan asas perbincangan menjadi kabur dan open-ended. Mungkin selaku ahli akademik build-up sedemikian menjadi amalan biasa dalam tulisan jurnal dan kertas akademik, tetapi dalam forum tersebut ternyata Dr Maszlee menghadapi masalah apabila masa tamat dan beliau hanya sempat menyentuh isu pokok pada minit terakhir.
Kemudian, kita diperkenalkan dengan watak seterusnya - Ustaz Engku. Saya tidaklah begitu mengenali beliau - pertama kali mendengar beliau berforum adalah ketika beliau berbahas dengan Dr Rozaimi. Apa yang saya tahu tentang beliau adalah beliau mahir dalam ilmu Usul Fiqh dan pandai bermain dengan analogi.
Permainan berubah apabila Ustaz Engku memegang mikrofon. Beliau yang saya fikir sedar tentang permainan flow oleh penganjur terus mengemukakan persoalan rujukan asas dan parameter perbincangan. Maka ucapan beliau setelah itu terarah, tepat mengenai persoalan forum. Latar belakang isu dihurai dengan kemas dan dengan jelas beliau mengatakan bahawa istilah kafir harbi itu masih relevan, dulu kini dan selamanya.
Penonton dapat melihat perubahan tona perbincangan setelah itu. Ahli-ahli panel yang seterusnya terus menjawab persoalan forum, tepat sebagaimana yang dikehendaki. Maka belum pun pusingan satu berakhir penonton sebenarnya sudahpun mendapat konsensus bahawa Istilah Kafir Harbi itu ternyata relevan apabila diverifikasi oleh ahli panel dengan parameter asas yang disepakati.
Giliran Ustaz Hasanuddin adalah apabila titik pengarahan forum menjadi awkward. Ustaz Hasanuddin mengalih perbincangan kepada dakwah dengan berhikmah kepada kepada golongan kafir. Maka apa yang berlaku adalah suatu ceramah yang tidak berkaitan dengan kehendak tajuk.
Pusingan kedua adalah apabila forum menjadi haru biru dan kelam kabut. Apabila resolusi sudahpun dicapai awal-awal lagi, maka ke mana lagi hala tuju perbincangan? Jadilah tempoh hampir sejam itu suatu back and forth yang tidak berobjektif dan tiada fokus.
Isu mula melompat-melompat menjadi status kafir di Malaysia, khususnya DAP yang memerlukan forum yang tersendiri, Terorisme, cara dakwah berhikmah kepada bukan Islam, sikap berlembut dengan kafir dan berkeras dengan muslim, ayat mutasyabihat dan Wahabi. Penyerangan individu juga berlaku semakin keras dan yang paling merasa bahang adalah Dr Maszlee Malik.
Dr Maszlee pada pusingan kedua mempunyai beberapa isi yang baik dan lebih relevan berbanding pusingan pertama. Namun sayang sekali apabila emosi beliau menjadi terganggu menjadikan penyampaian beliau kurang berkesan kerana ingin menghentam kembali panelis yang mengkritik beliau secara langsung.
Wakil DAP - Tiada di Pentas, Ada di Forum
Ingat lagi soalan saya tentang ke mana wakil bukan Islam atau DAP? Persoalan ini terjawab menerusi perwatakan Ustaz Hasanuddin, Timbalan Presiden Pan pada pusingan kedua. Golongan kafir sebelum giliran beliau tidak pernah disentuh secara direct oleh mana-mana ahli panel. Golongan yang kufur dikekalkan dalam satu bahasa yang umum sepanjang pusingan pertama dan separuh golongan kedua.
Ustaz Hasanuddin adalah yang pertama kali menyebut secara langsung parti DAP ketika giliran beliau. Malah bukan hanya secara sekali lalu, tetapi keseluruhan giliran beliau yang kedua beliau habiskan untuk mempertahankan DAP dan memberi gambaran mereka bukanlah seburuk yang disangka. Gaya bahasa beliau tampak seolah-olah membaca skrip memberi gambaran bahawa slot ini telahpun dirancang dan scripted.
Isi beliau pun banyak yang boleh dipersoal. Ketika beliau dengan bangganya mengatakan bahawa Pan pernah mengadakan diskusi dengan Dap lalu memperoleh kesepakatan untuk mempertahankan isi perlembagaan seperti Islam agama persekutuan, Bahasa Melayu bahasa bahasa rasmi dan lain-lain saya menggaru kepala. Bukankah parti-parti politik Malaysia memang sepatutnya tertakluk, hormat dan mempertahankan isi perlembagaan? It's a given. Maka apa faedahnya berbincang untuk iktiraf perkara yang memang sepatutnya diiktiraf berpuluh-puluh tahun yang lalu? Kenapa perlu diceritakan dengan bangga seolah-olah itu pencapaian agung sebuah badan dakwah?
Saya merasa agak jelek apabila beliau menggulung forum dengan menyuruh bersangka baik dengan DAP. Itu khulasahnya. Wakil pemuda UMNO pun tak cerita apa-apa pasal UMNO.
Pan merupakan sebuah parti politik baru. Apa yang ditunjukkan dan disampaikan mereka sekarang amat kritikal untuk imej parti mereka pada khalayak ramai. Mereka memilih untuk present diri mereka sebagai jurucakap DAP.
Panelis Terbaik
Saya kira, tanpa ragu-ragu kalau ada anugerah panelis terbaik, ia milik Dr Fathul Bari. Beliau adalah pilihan popular pengulas-pengulas dan saya bersetuju.
Beliau sendiri banyak dipuji oleh panelis-panelis yang lain. Usaha beliau bertabayyun menanyakan Mufti Pahang terlebih dahulu tentang fitnah yang melandanya meletakkan kaliber beliau tinggi dalam kalangan penonton. Penyampaian yang matang, relevan, tenang dan bersahaja serta tak terikat dengan catatan pada kertas-kertas meletakkan beliau sebagai figura yang menonjol.
Namun, pada saya perkara yang paling dicontohi adalah sikap wasat - pertengahan. Bukan sahaja beliau membangkitkan isu berjaga - jaga dengan pengistilahan terutama apabila diungkapkan kepada umum, beliau juga menyeru supaya golongan bukan Islam yang membuat provokasi ditahan dan dikenakan tindakan. Seimbang, berbeza dengan naratif menyalahkan muslim semata-mata atau orang bukan Islam semata yang diketengahkan oleh panelis lain.
Kesimpulan
Saya kira dapatan forum mungkin akan jadi lebih baik sekiranya tajuk forum diubah suai. Cadangannya - "Penggunaan Istilah Kafir Harbi, Sesuai Atau Tidak di Malaysia?" . Topik begini lebih menjurus dan bertapak pada isu malah hakikatnya keseluruhan pusingan kedua akan lebih masuk akal jika ini tajuk yang dipilih.
Pun begitu forum ini pada saya mendatangkan beberapa dapatan yang bermakna:
- Konsensus, mungkin selain Dr Maszlee, setuju bahawa Istilah Kafir Hrbi masih relevan.
- Beberapa persoalan kritikal yang dibangkitkan seperti memuliakan orang kafir, terorisme, ekstremisme dan keperluan berdialog untuk menyelesaikannya perlu difikirkan oleh penggerak Islam dan pemimpinnya.
- Dapat mengenali aspirasi badan-badan yang diwakili oleh ahli panel dengan lebih dekat.
Apa pun, saya memuji Ikram atas inisiatif menganjurkan forum ini. Ini adalah salah satu usaha merealisasikan "Ruhama' bainahum" yang harus dipuji.
Salam hormat. Terima kasih kerana membaca.
Comments
Post a Comment