Darjat Majlis Graduasi – Antara Dua Tular



Baru – baru ni waktu sibuk skrol fb, jumpa satu video. “The most inspiring speech, the wisdom of a third grade dropout will change your life” Saya tengok bilangan views. Puluhan juta. Wow, tular!
Apa isi video ni sampai boleh tular macam tu sekali? Ia cuma video seorang graduan yang berucap dalam majlis graduasi.Beliau cerita tentang orang yang paling bijak yang beliau tahu, ayahnya yang keluar sekolah pada darjah 3 dan nasihat beliau untuk berjaya.
Kata ayahnya, beliau tak kisah anaknya gagal capai impian besar, beliau akan marah kalau anaknya berjaya capai impian kecil.
Rasa tersentuh bila tengok. Tambahan lagi video tu dibuat dalam suasana graduasi.
Teringat juga satu video yang tular tahun lepas. Juga tentang seorang graduan, dari Harvard, yang berucap mencabar sistem pendidikan. Katanya “kita diberitahu pendidikan itu kunci, tapi kenapa kalian asyik menukar mangganya?”
Terbaik. Sebagai penggemar media, rasa berbangga content macam ni boleh capai status viral. Sedikit sebanyak menggambarkan budaya dan posisi tinggi netizen berbahasa Inggeris letakkan pada majlis graduasi dan sistem pendidikan secara umum.
Jadi timbul soalan. Ada tak hasilan – hasilan majlis graduasi Malaysia yang semacam ni? Ada tak output daripada majlis graduasi universiti Malaysia yang mesejnya dapat menggegar lanskap pemikiran orang kita?
Lalu keluarlah satu hasilan majlis graduasi yang paling viral setakat ini. Sampai disebarkan oleh page – page besar dan dijemput masuk ke dalam rancangan TV. Mungkin kali pertama hasilan majlis graduasi dapat liputan besar semacam ini? Hasilan tersebut adalah…
Pelajar – pelajar graduasi buat persembahan nyanyi lagu baby shark dan I am me…
…….
Mungkin taksiran saya yang dangkal. Mungkin sebelum ni banyak output daripada majlis graduasi Malaysia yang juga cemerlang, yang berkualiti, yang bermakna dan bermesej. Tapi…

Apa yang saya dapat ingati cumalah gambar – gambar graduasi pelajar kita yang depa buat macam style filem, Harry Potter, Assassin’s Creed. Atau pelajar kita buat kecoh dengan bawak selfie stick naik pentas. Ini semua… apa mesejnya yang kita sampaikan mengenai pendidikan tinggi kita?
Jadi…ada atau tidak hasilan bermakna daripada majlis graduasi kita? Saya harap saya salah dalam hal ni dan cuma terlupa. Tapi kalau tak ada.. kenapa tak ada?

Comments