Siri Sirah online oleh Yasir Qadhi sememangnya antara permata ilmu yang saya
sangat hargai. Sekarang ni, amat sukar untuk dapat peluang tekuni kelas-kelas
sirah. Sukar untuk peroleh masa lapang satu, sukar nak cari syeikh-syeikh pun
satu juga.
Ilmu
sirah sekarang ni hakikatnya amat penting, apatah lagi bagi pelajar muslim di
Barat. Banyak syubhat yang menerobos dalam kepala. Pernah sekali ada orang
letak pamphlet Kristian depan surau universiti, antara lain burukkan kehidupan
nabi kita ﷺ
. Itu belum lagi kalau baca komen-komen di media sosial.
Maka
satu hari ambil keputusan nak cari kuliah sirah dalam youtube. Terkilan juga
bila tak pandai bahasa Arab, maka terpaksa cari bahan bahasa Inggeris atau
bahasa Melayu yang agak terhad. Terjumpa satu playlist nama “Seerah of ProphetMuhammed (pbuh) by Dr. Yasir Qadhi”. Bila buka, saya terkejut. 104 video! Ini
mungkin siri kuliah Bahasa Inggeris yang paling lengkap yang boleh diakses
dalam internet.
Saya
disiplinkan diri untuk dengar habis kesemua video yang ada. Paling seronok
dengar adalah waktu memasak. Alhamdulillah, berjaya habiskan video terakhir
baru-baru ni. Saya kira, menulis review untuk siri kuliah ini adalah antara
cara saya boleh berbakti pada ilmu yang diperoleh di samping memviralkan
perkara yang paling patut viral – penghayatan pada sirah nabi kita ﷺ.
Format
Satu
sesi kelas Syeikh biasanya akan ambil masa dalam satu jam – satu jam dua puluh
minit. Kuliah yang paling lama adalah 1 jam 46 minit iaitu pada bab kewafatan
nabi ﷺ.
Video-video yang berdurasi lama bermaksud kita kena rancang waktu yang paling
sesuai untuk tonton.
Tajuk-tajuk
yang dikupas adalah menurut kronologi sirah berdasarkan tarikh. Pendengar akan
diperkenalkan dulu dengan kepentingan belajar sirah, kehidupan arab jahiliyah,
geneology kabilah-kabilah Arab sebelum masuk pada kehidupan nabi ﷺ
ketika kecil hinggalah wafat.
Syeikh
juga akan khususkan beberapa sesi untuk kupas beberapa tajuk-tajuk tertentu
yang kontroversi.
Penyampaian
Satu
perkara yang paling saya suka tentang syeikh Yasir Qadhi adalah beliau sangat
ilmiah. Video-video beliau boleh saya katakan adalah seratus peratus ilmu dan
fakta. Beliau tak habiskan kuliah beliau buat lawak semacam mana kuliah tarawih
di kampung-kampung. Jadi bila habis satu video memang kita akan rasa sangat
puas hati.
Sarat
dengan rujukan
Syeikh
juga sebut dan huraikan rujukan yang beliau gunakan serta menerangkan merit dan
kebolehpercayaan sumber tersebut. Sumber utama (primary) yang menjadi rujukan
Syeikh adalah sirah Ibn Ishak dan Ibn Hisham, antara sumber paling awal ilmu
sirah. Maka maklumat yang disampaikan adalah kebanyakannya autentik dan tiada
atau kurang tokok tambah.
Hadis-hadis
yang berkaitan dengan bab juga akan dibacakan dan dinyatakan statusnya
Bukan
penekanannya pada fakta, tapi pada pengajarannya.
Walaupun
sarat dengan nilai ilmiah, tujuan utama syeikh mengajar sirah bukanlah untuk
ditekankan kepada fakta yang bersifat ‘kering’, sebaliknya pada pengajaran
setiap lembaran sirah. Oleh itu, sirah menjadi hidup dan bermakna. Hal ini
sangat saya hargai kerana dulu ilmu sirah itu saya pelajari untuk jawab exam
semata-mata.
Bagi
setiap bab, syeikh akan bincangkan pengajaran yang boleh kita peroleh dari segi
fiqh, akhlak dan penghargaan kepada sirah nabi itu sendiri. Beberapa cerita
sirah akan dapat remark dan highlight yang istimewa dari Syeikh, sebagai contoh
riwayat Jabir dalam peperangan Zat al Riqa yang merupakan antara sisi sirah
kegemaran beliau.
Berhikmah
dalam menerangkan kontroversi
Syeikh
Yasir Qadhi merupakan seorang sarjana yang kini menetap di Amerika Syarikat.
Maka beliau amat mengambil berat tentang isu-isu kontroversi sirah yang kini
digembar-gemburkan oleh Islamophobe dan orientalis. Beliau juga membuka topik
yang mungkin kita tak pernah dengar di sekolah-sekolah dan dielakkan oleh
ustaz-ustazah kerana kesukaran dan kejanggalan topik tersebut seperti isu
perhambaan dalam Islam dan ‘Ma Malakat Aimanukum’.
Keberanian
syeikh sememangnya sangat dipuji kerana menurut beliau di zaman sekarang jika
kita tidak dengar isu-isu ni daripada ilmuan-ilmuan Islam, kita akan peroleh
daripada sumber-sumber lain yang tidak sepatutnya. Saya sangat bersetuju dengan
hal ini apatah lagi bila terdedah dengan cerita seperti perang Jamal, Siffin
tanpa disiplin untuk memahami dan tanpa ustaz – ustazah untuk memahamkan.
Oleh
itu, setiap kontroversi biasanya akan mendapat slot yang khas. Penerangan
beliau sangat teliti dengan mengkaji dan membahaskan sumber-sumber. Beliau tak
mengambil pendekatan liberal dan anti hadis yang menafikan sumber-sumber yang
sahih sebaliknya beliau mencabar naratif yang menganggap isu – isu tersebut
bermasalah.
Antara
isu-isu kontroversi yang dibahaskan adalah seperti:
- o Perkahwinan dengan Aisyah
- o Satanic Verse
- o Zainab
- o Qurayzah
- o Kaab bin Asyraf
Kelas
yang hidup dan ceria
Antara
hal lain yang istimewa dalam kelas syeikh adalah pendengar boleh juga kenali
watak2 dalam kelas yang pelbagai. Bila anda berjaya habiskan siri ini, anda
akan dapat merasakan pertalian dengan pelajar-pelajar syeikh, seolah-olah anda
ada dalam kelas tersebut bersama-sama mereka.
Dalam
kelas, ada seorang yang terkenal dengan suka tanya soalan pelik-pelik, ada
pakar tulis nota, ada hafiz kelas dan anak-anak kecil.
Skor
Siri
kuliah online “Seerah of Prophet Muhammed (pbuh) by Dr. Yasir Qadhi” ini memang
terbaik. Rugi tak tonton!
Comments
Post a Comment